Majlis Penyampaian Watikah ( PRS 2012 )

TARIKH : 26 Februari 2012 ( Ahad )
MASA : 8.00 pagi - 9.30 pagi
TEMPAT : Dataran Al-Faruqi
DIRASMIKAN OLEH : SM Apandi Bin Awang, Ketua Polis Balai, Balai Polis Kijal.












Membantu Diri Membantu Rakan

Program Karnival " Jom Masuk U "

TARIKH : 28 Januari 2012 - 29 Januari 2012
MASA : 7.00 a.m. - 6.00 p.m.
PESERTA : Pelajar-pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5.





Unit Bimbingan dan Kaunseling ( UBK ) telah mengadakan lawatan ke Karnival " Jom Masuk U " yang diadakan di Pusat Dagangan Terengganu ( TTC ) . Pada 28 Januari, seramai 37 orang pelajar tingkatan 5 Abdul Qayyum dan 5 Abdul Hakim telah terlibat dalam program ini dan mereka telah diiringi oleh 3 orang guru iaitu Pn. Anisah bt. Yahya, Pn. Norliah bt. Zakaria, dan Cik Fathen Suriati bt. Jusoh.

Pada 29 Januari pula, para pelajar tingkatan 4 Abdul Qayyum dan 4 Abdul Hakim telah dibawa ke karnival tersebut diiringi oleh Pn. Anisah bt, Yahya dan Cik Fathen Suriati bt. Jusoh. Objektif program ini ialah untuk memberi peluang kepada para pelajar mengumpul maklumat kerjaya dan berinteraksi dengan tenaga pelajar IPTA dan IPTS berkenaan semasa di karnival tersebut.
Membantu Diri Membantu Rakan