Maklumat Sekolah

1.0 Visi Sekolah
SMK Kijal sebagai sebuah sekolah cemerlang di daerah Kemaman pada tahun 2010.

2.0 Misi Sekolah
Meningkatkan pengurusan pentadbiran sekolah, akademik, kokurikulum, sahsiah, dan kesejahteraan pelajar, pembangunan fizikal, kemudahan dan persekitaran sekolah, asrama dan perhubungan komuniti untuk merealisasikan visi sekolah yang ditetapkan.

3.0 Pernyataan Misi Sekolah
Bahawa sesungguhnya misi Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal, Kemaman ialah untuk mendidik pelajar dengan ilmu pengetahuan dan berketrampilan supaya menjadi insan kamil yang boleh menghadapi cabaran pada masa depan.

4.0 Piagam Pelanggan
Kami sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang mesra, adil dan saksama kepada pelanggan seperti berikut:-
Sentiasa berusaha menyelesaikan masalah anda dengan segera.
Melayani sebarang pertanyaan dengan mesra dan menjelaskannya dengan baik.
Menyampaikan maklumat yang diperlukan dengan cepat dan tepat.
Mengurus segala surat-menyurat berhubung dengan pelajar dengan segera.
Berusaha mewujudkan hubungan erat dengan ibu bapa pelajar pada sepanjang masa.
Sentiasa mementingkan masa untuk meningkatkan keefisyenan bekerja.
Sentiasa bersedia menerima sebarang teguran dan pandangan untuk kemajuan sekolah.

Membantu Diri Membantu Rakan