Maklumat Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)


PERANAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) boleh membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan program bimbingan di sekolah. Pembimbing Rakan Sebaya merupakan satu tenaga positif untuk membolehkan program bimbingan mencakupi kelompok pelajar-pelajar yang mungkin sukar didampingi oleh guru bimbingan dan kaunseling atau guru-guru lain. PRS ini merupakan khidmat sokongan kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.Golongan remaja boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai masalah atau hal yang mengganggu mereka, dengan lebih mudah dan lebih berkesan lagi. Di tiap-tiap sekolah memang wujud sekumpulan kecil pelajar yang tidak boleh menerima dan membina perhubungan dengan orang dewasa dan pihak berkuasa sekolah. Pengaruh rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan remaja ini. Oleh itu, dengan latihan dan asuhan yang sesuai, Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah diwujudkan di sekolah. Nama-nama lain yang mempunyai sama konsep dengan PRS ialah Kaunselor Sebaya, Tutor Sebaya, Mentor Sebaya, Buddy, Kakak/Abang Angkat atau Kelompok Sebaya Sokongan.


TUGAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

  • Merapati rakan sebaya dan mengenal pasti mereka yang bermasalah dan merujuk mereka kepada guru bimbingan dan kaunseling.
  • Menjadi pendengar yang peka kepada curahan perasaan rakan sebaya dan memberi sokongan emosi dalam keadaan krisis.
  • Memberi penjelasan mengenai bahaya penggunaan dadah, arak, merokok, hubungan jantina, dan pencabulan kehormatan. 
  • Merujuk, jika perlu, kepada guru bimbingan dan kaunseling dengan persetujuan mereka.
  • Membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik melalui sistem mentor atau tutor sebaya.
  • Membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok.
  • Membantu dalam memberi latihan kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, membuat keputusan dan kemahiran kaunseling kepada rakan sebaya.
  • Membantu dalam melatih kumpulan sebaya untuk persediaan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya yang baru.
  • Membantu dalam aktiviti orientasi pelajar baru, mengelolakan unit bimbingan sekolah, perpustakaan bimbingan, papan kenyataan bimbingan dan aktiviti lain yang ada kaitan dengan bimbingan kerjaya, sosial dan isu-isu remaja.
  • Menjadi penggerak kepada ahli-ahli unit untuk melaksanakan aktiviti sekolah.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR


  1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
  2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
  3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
  4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
  5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.
  6. Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
  7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
  8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan matapelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPVM dan STPM.
  9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
  10. Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
  11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
  12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
  13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
  14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
  17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.
  18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
  19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
  20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.
  21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah
  22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.
AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

  • Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
  • Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan , soal selidik , temu bual dan perbincangan dengan pelajar , guru , pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar .
  • Merancang , mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
  • Mengumpul , menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai .
  • Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum .
  • Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profrsional dan beretika .
  • Merancang, melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
  • Merancang, melaksana dan mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan PMR, SPM dan Ujian Bulanan
  • Merancang, melaksana  mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah , rokok dan alkohol.
  • Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di Universiti-universiti dan kolej-kolej terpilih.
  • Merancang, melaksana  mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
  • Merancang, melaksana  mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru , kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar. 
  • Membuat penilaian aktiviti , modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
  • Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan beban resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  • Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  • Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah .
  • Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru , kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.
  • Menjadi personel perhubungan /seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
  • Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
  • Menjadi Ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah
  • Menjadi Penyelaras dalam Program Mentor-Mentee sekolah.
  • Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi. kem jaya diri , kursus ketatanegaraan dan sebagainya.


Membantu Diri Membantu Rakan