Program Karnival " Jom Masuk U "

TARIKH : 28 Januari 2012 - 29 Januari 2012
MASA : 7.00 a.m. - 6.00 p.m.
PESERTA : Pelajar-pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5.





Unit Bimbingan dan Kaunseling ( UBK ) telah mengadakan lawatan ke Karnival " Jom Masuk U " yang diadakan di Pusat Dagangan Terengganu ( TTC ) . Pada 28 Januari, seramai 37 orang pelajar tingkatan 5 Abdul Qayyum dan 5 Abdul Hakim telah terlibat dalam program ini dan mereka telah diiringi oleh 3 orang guru iaitu Pn. Anisah bt. Yahya, Pn. Norliah bt. Zakaria, dan Cik Fathen Suriati bt. Jusoh.

Pada 29 Januari pula, para pelajar tingkatan 4 Abdul Qayyum dan 4 Abdul Hakim telah dibawa ke karnival tersebut diiringi oleh Pn. Anisah bt, Yahya dan Cik Fathen Suriati bt. Jusoh. Objektif program ini ialah untuk memberi peluang kepada para pelajar mengumpul maklumat kerjaya dan berinteraksi dengan tenaga pelajar IPTA dan IPTS berkenaan semasa di karnival tersebut.
Membantu Diri Membantu Rakan

Program Maju Diri Tingkatan 2, 3 dan 5 2012

Program Maju Diri Tingkatan 3.
image05_4.gif

TARIKH : 17 Januari 2012 ( SELASA )
MASA : 7.40 a.m. - 1.30 p.m.
TEMPAT : Surau Asrama
BILANGAN PELAJAR : 217 orang 
OBJEKTIF : Memberi suntikan semangat kepada para pelajar yang akan menduduki PMR.


Program Maju Diri Tingkatan 2.
image05_4.gif



TARIKH : 18 Januari 2012 ( RABU ) 
MASA : 7.40 a.m. - 2.00 p.m.
TEMPAT : Surau Asrama
BILANGAN PELAJAR : 203 orang 
OBJEKTIF : Menyuntik semangat pelajar untuk meningkatkan prestasi diri pada tahun baru.


Program Maju Diri Tingkatan 5.
image05_4.gif



TARIKH : 26 Januari 2012 ( KHAMIS )
MASA : 7.40 a.m. - 2.00 p.m.
TEMPAT : Surau Asrama
BILANGAN PELAJAR : 197 orang 
OBJEKTIF : Memotivasikan pelajar agar dapat meningkatkan prestasi untuk menghadapi SPM 2012 nanti.

Membantu Diri Membantu Rakan